Dagu Printing diuruskan sepenuhnya oleh Feet Global Network yang berpangkalan di Selangor. Secara asasnya Dagu Printing merupakan sebuah syarikat cetakan yang menjalankan perniagaan atas talian (Online).
Dagu Printing sudah bertapak sejak dari 2012 dan mempunyai rangkaian pelanggan dari orang perseorangan, syarikat, agensi dan badan kerajaan.
Dagu Printing menawarkan harga menarik kepada para pembeli dan harga boleh lagi dirunding. Ini kerana setiap pelanggan kami merupakan aset penting kepada perkembangan syarikat. Apa yang kami tawarkan ialah servis yang mesra, design yang cantik dan mengikut selera para pelanggan serta cetakan yang berkualiti disamping pengeposan berjadual .
